ADA APAKAH ??

Monday 14 October 2013

Kisah Nabi Ibrahim A.S Dan Anaknya Disebalik Aidil Adha







BERCAKAP mengenai pengorbanan dalam Islam pasti akan mengaitkan dengan kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya, Nabi Ismail a.s yang terpahat sepanjang zaman.

Ia kisah pengorbanan si ibu, Siti Hajar bersama bapa, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail yang rela disembelih semata-mata taat kepada Allah.



IKHLAS KERANA ALLAH...ibadah korban mampu membentuk insan berjiwa ikhlas serta bersyukur atas kurniaan rezeki yang Allah berikan yang dibelanjakan demi mendapat keredaan-Nya.




SEMANGAT KERJASAMA...ibadah korban membawa kebaikan dalam kehidupan bermasyarakat bagi merapatkan hubungan kasih sayang antara golongan kurang bernasib baik seperti fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal.

Jika kita berada di tempat Baginda, pasti tidak tertunai perintah itu kerana siapa sanggup menyembelih anak kandung sendiri.

Peristiwa pengorbanan itu dinyatakan di dalam surah as-Saffaat ayat 102-109 yang bermaksud: “Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: ‘Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu, anaknya menjawab: `Wahai bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya-Allah, ayah akan mendapati aku dari orang yang sabar.’”


Selepas kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), Nabi Ibrahim a.s merebahkan anaknya dengan meletakkan mukanya di atas tanah.



Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim! engkau menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang yang datang kemudian. Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim.”

Nabi Ibrahim dan anaknya tenang menerima ketentuan Allah s.w.t itu. Dengan penuh tawaduk, baginda membenamkan pisau ke leher anaknya, Ismail.

Alangkah terkejut Nabi Ibrahim apabila mendapati seekor kibas terbaring menggantikan jasad anaknya, Nabi Ismail. Demikianlah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan syariat Allah s.w.t.

Namun, itu adalah wahyu daripada Allah s.w.t yang perlu dipenuhi Nabi Ibrahim sebagai bukti ketaatan, keimanan serta ketakwaan.

Kesanggupan itu didorong perasaan yakin bahawa perintah Allah s.w.t pasti ada ganjarannya.

Dari situ terbitlah falsafah di sebalik pelaksanaan korban kepada umat Islam hari ini. Ia bukan sekadar kita berjaya menyembelih haiwan ternakan setiap kali Aidiladha semata-mata, tetapi kita perlu sentiasa merenung jauh lebih dalam mengenai hal itu yang mempunyai elemen pendidikan dalam mengejar mardhatillah (keredaan Allah).

Sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini termasuk berkorban harta benda, masa malah nyawa sendiri bagi tujuan kebaikan bersama.

Pengorbanan juga pastinya tidak ada dalam jiwa mereka yang bersifat individualistik. Sifat begitu hanya ada pada mereka yang tidak mahu menyelami kesusahan orang lain kerana hanya memikirkan keadaan diri sendiri.

Justeru, tidak perlu kita meneropong jauh kerana pengorbanan hendaklah bermula dari unit kecil iaitu dalam keluarga sendiri terlebih dulu.

Jika dilihat kepada pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim, semuanya memainkan peranan penting.

Bagaimana Siti Hajar berkorban sebagai seorang ibu sehingga dapat membentuk peribadi mulia, rasa keinsafan, serta bersyukur atas segala nikmat yang diterima.

Siti Hajar seorang wanita luar biasa kerana diuji dengan pelbagai musibah besar sehinggakan Allah s.w.t memberi penghormatan tinggi terhadapnya. Siti Hajar diuji ketika ditinggalkan di padang pasir, namun beliau tetap bersabar dan bersangka baik kepada Allah s.w.t.

Apabila dalam keluarga sudah berjaya maka luaskan pula kepada ruang lingkup yang lebih besar iaitu kepada masyarakat dan negara.

Aspek kemanusiaan tidak boleh dipinggirkan kerana setiap individu mempunyai peranan untuk digerakkan dalam mewujudkan masyarakat bersatu padu, berkasih sayang dan kuat ikatan silaturahim sesama mereka.

Itulah tonik paling mujarab dalam menjadikan umat Islam yang kuat, disegani dan dipandang mulia. Firman Allah dalam surah al-Hujuraat, ayat 13, maksudnya: “Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah mereka yang paling bertakwa.”

Sama juga halnya dengan Nabi Ismail, sebagai anak Baginda hanya menuruti dan reda dengan apa yang ditetapkan ke atas dirinya kerana mahu menjadi hamba yang taat kepada perintah Allah s.w.t.

Bagi mereka yang ‘dijemput’ menjadi sebahagian tetamu Allah menunaikan haji ke Baitullah panjatkan kesyukuran kerana berpeluang ke sana. Itulah sebahagian pengorbanan yang mereka laburkan demi menyahut seruan Ilahi.

Perjalanan rohani yang dilalui itu dikukuhkan lagi dengan harapan Allah mengurniakan ganjaran terbesar iaitu haji mabrur atas ‘persembahan’ ibadah yang berjaya dilaksanakan.

Mereka yang masih tidak berpeluang, jangan putus harapan dan pastikan terus berusaha serta berdoa semoga Allah s.w.t mempermudahkan urusan kita satu hari nanti.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.” 9 surah Ali ‘Imran, ayat 97)

Rasulullah s.aw juga bersabda yang bermaksud: “Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk mengerjakan ibadah haji sama seperti dibelanjakan untuk perang fisabilillah, setiap wang ringgit yang dibelanjakan itu akan digantikan dan digandakan sebanyak 700 kali ganda.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar berkata sejarah korban sebenarnya bermula pada zaman nabi Adam lagi di mana membabitkan kisah dua beradik Qabil dan Habil.

“Setiap mereka mempunyai pasangan kembar perempuan di mana Qabil bersama adik perempuannya Iqlima manakala Habil bersama Lubuda.

“Qabil menjalankan pekerjaan dalam bidang pertanian dan Habil pula mengusahakan ladang ternakan. Apabila keempat-empat beradik itu mencapai usia remaja, Allah memberi ilham kepada Nabi Adam supaya kedua puteranya dikahwinkan dengan puterinya di mana Qabil dikahwinkan dengan adik Habil yang bernama Lubuda dan Habil dengan adik Qabil yang bernama Iqlima.

“Cara yang diilham Allah s.w.t. kepada Nabi Adam disampaikan kepada dua puteranya sebagai keputusan yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan. Namun, rancangan diputuskan itu ditolak Qabil yang menyatakan dia tidak mahu mengahwini Lubuda kerana dia tidak secantik kembarnya sendiri Iqlima,” katanya.

Beliau berkata Qabil tetap berkeras tidak mahu menerima keputusan ayahnya dan meminta supaya dikahwinkan dengan Iqlima.

“Nabi Adam tidak mahu menimbulkan perpecahan di antara mereka dan menyerahkannya Allah untuk menentukannya. Caranya ialah Qabil dan Habil perlu menyerahkan korban.

“Qabil dan Habil menerima baik jalan penyelesaian yang ditawarkan ayahnya.
Habil keluar dan kembali membawa peliharaannya manakala Qabil dengan membawa barang hasil pertanian yang sudah busuk kemudian diletakkan kedua korban itu di atas sebuah bukit.

“Kemudian Adam pergi melihat korban siapa antara mereka yang habis. Lalu korban Habil yang habis kerana dia menyediakan dengan ikhlas. Korban Habil tidak diterima kerana dia mempunyai perasaan hasad dengki, tidak puas hati serta memprotes keputusan Allah.

“Qabil tidak berpuas hati dan terlalu marahkan Habil sehingga menaruh dendam akan membunuhnya ketika ayahnya tiada. Ketika Adam meninggalkan rumah Qabil menemui Habil di ladang ternakannya. Oleh kerana sifat iri hati dan dengki akhirnya Qabil tetap membunuh Habil,” katanya.

Mohd Rani berkata begitu juga junjungan agung Nabi Ibrahim a.s yang diperintah Allah menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s adalah untuk menguji kekuatan iman dan takwa anak beranak itu.

“Berdasarkan kitab kuning (jawi lama), pada zaman muda Nabi Ibrahim baginda diperlihatkan Allah secara langsung (kasyaf) sekumpulan orang yang melakukan maksiat.

“Maka Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah s.w.t supaya memusnahkan orang yang melakukan maksiat itu, tetapi Allah berkata Dia Maha Pengampun dan mengetahui segala-galanya dan bersedia mengampunkan dosa-dosa hambanya jika mereka memohon keampunan.

“Sebab itu, baginda merasa kesal dengan perbuatannya yang mendoakan golongan itu supaya musnah dan sebab itu baginda tetap menjalankan perintah Allah untuk mengorbankan anak kesayangannya. Demikian sebagai pengajaran, kita tidak boleh mendoakan perkara buruk kepada orang lain kerana Allah Maha Pengampun, “katanya.

Menurutnya ada satu perkara yang baik yang wajar sebagai ibu bapa teladani ialah sebelum melaksanakan perintah Allah itu ialah baginda meminta pandangan anaknya terlebih dahulu.

“Baginda bermimpi sebanyak dua kali sebelum menyampaikan perkara itu kepada Ismail perintah Allah untuk mengorbankannya. Bagaimanapun, Ismail menerima berita itu dengan penuh reda kerana perintah itu datangnya daripada Allah s.w.t
“Begitulah sikap seorang anak soleh yang sanggup melakukan apa saja demi melahirkan perasaan ubudiah terhadap Allah s.w.t,” katanya.

SALAM AIDILADHA :)

As... As.. Assalamualaikum :)



Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik. hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah. orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Hari Raya Aidiladha dalam hadis

  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.




 

UJIAN ITU PASTI ADA DALAM PERSAHABATAN



Hurmmmmm.... Assalamualaikumm... kaifa halukum ? kaifa halukunna ? da lame Ain tak mengupdate :l .pjam celik pejam celik , macam2 da jadik . ish3..Ain da habis PIIYEEMMMMMARRR............................................................................................................

Tak de la best mne pon, bosan sebenarnye . macam ni...

Ain dan Dia :D


Firstly, nani(bukan nme sebenar)die ni orang yg selalu Ain kongsi masalah, suka, n duka. taun ni , Ain banyak kecik hati ngn die. die ade "adik" (adopted) .. Ain bukan jeles ngn diorng , tapi Ain rase Ain ni tunggul . ye la , Ain da tolong diorng tu berukhwah pastu , diorng buat tak tawu je dekat Ain. diorng cite masalah ,jumpe sama2...erm Ain rase sgtla tak wujud...
Kadang2 nani mengalah jgk ngn Ain , tapi , tak tau la.. Ain masih blom dpt bkk pintu hati Ain ni . Mungkin hati Ain memang keras... tapikan , bile dipikir balik , Ain ni KEJAM.... ye laaa , mne taknyer , Ain rase Ain da kongkong dia.. Ain seolah-olah tak bgi die kawan ngn sesape.. Ain tau Ain melampau buat dia macam tu . dia tak paham ke ? Ain sayang dia sangat2... ye ok ! Ain jujur.. Ain rase yang Ain ni tak penting untuk dia... memang Ain bkn SAHABAT dia , at least , dia dapat faham Ain . Ain tak mintak pon dia buat ape yang dia buat kat "adik" dia tu kt Ain . Ain mintak 1 je dari dia ,  tolong jujur semua yg dia buat , tak kire la dekat "adik" dia ke , kawan2 dia yg lain ke , sape2 la...
Ain cume rindu nk dengar masalah dia . story2 dia . semuanya . mmg Ain berangan . ye ! memang pon . Nani ! Ain mintak maaf ! Ain tawu... Ain tak patot buat mcm tu . kadang2 Ain tak dapat terime ape yg Nani buat , Ain cube bepegang dengan kate2 ni
"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat" ( Saidina Ali). tapi , Ain tak mampu tipu diri sendiri... Ain cube nak happy kn Nani , nampaknye tak berjaye lagi . 

Setiap kali Ain jumpe Nani , setiap kali tu lah , Ain akan tipu Nani pasal perasaan . walaupon Nani tawu Ain tipu , Nani diamkan je . Nani tak bersuare pon . klau Ain marah , saiko , perli , papela Nani tak pernah balas balik . Nani diam je . Nani buat tak tahu je . Nani sgt baik... kan ade pepatah kate "sesungguhnya orang yg memuji-muji kawannya bukan lah kawan , tetapi kawan yang sebenarnya ialah orang yang berani memberitahu kesalah kawannya" tapi , Nani tak de salah kt Ain . macam mne Ain nak bagitahu kesalahan Nani ?? Ain tahu Nani rimas , fedup , tapi Nani tak nak bgitahu... Nani diam je... Nani banyak pendam ... Nani sanggup sorang2 g skolah... solat jemaah kt tempat form4 punye tempat . hanye kerana tak nak buat Ain MARAH , SAKIT HATI , NANGIS. Nani alami bende tu sorang2... Ain tak pernah terpikir sebelum ni . Ain da bnyk sgt susahkan Nani.. Nani tetap diam kan ? kenape ? Ain ingat lagi mse Ain nak lawan LONTAR PELURU , Nani datang bgi tangan Nani yang ade tulisan untuk Ain . serius Ain nak nangis , walaupun Ain tawu tangan tu tak bole simpan , tapi , Ain dapat ape yang orng lain tak dapat , Nani selalu ade time susah senang Ain . tapi Ain ?? sejak akhir2 ni , Ain selalu update status yg menyakitkan hati pasal Nani ngn "adik" Nani . Ain tawu Nani sakit hati , tapi Ain biarkan . sbb Ain puas ! tapi , tu bkn Ain , tu setan . Ain terlalu ikutkan perasaan . Ain tawu Nani tertekan dengan masalah2 ni... tapi Ain ?? suka2 lepas kan geram , aib kan orang . Ain tawu tu salah . sekali lagi Ain mintak maaf . Ain tak nak hilang Nani ! tu je.. pecaye la dekat Ain. tapi dalam sayang Ain tu , Ain tak sedar Ain buat Nani merana.. memang patut pon Nani tak kawan dengan Ain , betape teruknya layanan Ain dekat Nani . Nani , terima kasih sebab sentiase sabar dengan perangai dan kerenah Ain ...

 Kawan-kawan jangan jadi macam Ain , hargai kawan korang yang sentiase ade di sisi korang . jangan menyesal bila kawan korang tu dah tak de , i hope sangat , bile ade salah faham sikit je , korang rendahkan ego , terus mintak maaf . jangan biar tak bertegur tu lame2... nanti lain jadinya . macam mne pon , korang tetap kne turunkan ego . turunkan lah serendah-rendahnya . semoga korang dapat pelajari ape kelebihan dan kekurangan kawan anda :)