ADA APAKAH ??

Saturday 20 July 2013

Jalan Hamba Mencari Ilahi

Mencari Kekuatan
Ya Allah Ya Ilahi
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.


Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum ..
Amiin Ya Rabbal'alamin


Allah SWT Mencoret Kasih & Sayang didalam 'Novel Cinta-Nya', yang bermaksud:
"Dan tidak ada satu pun makhluk bergerak (bernyawa) dibumi melainkan semuanya dijamin Allah rezekinya. Dia mengetahui tempat kediamannya & tempat penyimpanannya. Semua (tertulis) dalam Kitab yang nyata (Luh Mahfuz)"
(Hud, 11: 6)
Allah SWT 'Mengukir Kerinduan' di dalam 'Nukilan Cinta-Nya', yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang beriman & mereka mengerjakan kebajikan, mereka pasti akan Kami masukkan ke dalam (golongan) orang yang soleh."
(Al-Ankabut, 29: 9)
Pernah hati ini terguris 
Dengan fitnah & tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai
Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui 
Segala apa yang terbuku di hati
Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan
Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci
*DEHEARTY - PASRAH SEGALANYA*
Allah SWT Mengukir Bertintakan Kasih didalam 'Naskhah Cinta', yang bermaksud:
Katakanlah, "Pertolongan itu hanya milik Allah semuanya. Dia memiliki kerajaan langit & bumi. Kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan."
(Az-Zumar, 39: 44)
I say: It's impossible.
Allah says: All is possible. Be tough & stay with Me.


I say: I'm too tired. 
Allah says: I'll give u rest.


I say: I can't do it.
Allah says: U can do everything as long as u with Me.


I say: I can't forgive myself for what that I've done.
Allah says: I forgive u. Just trust to Me.


I say: I fell alone. Nobody cares about me.
Allah says: I'll never leave u alone. Believe Me.


I say: Nobody loves me.
Allah says: No matter what. I love u.
(Anonymous)
Allah Taala berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman!
Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar & solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar."
(Al-Baqarah, 2: 153)
Kenapa,
Segala macam apa yang ada di syurga nanti,
Tiada yang mustahil,
Tiada yang tak mungkin,
Tiada yang tak boleh dan
Tiada satu pun keinginan penghuni syurga akan dikecewakan?
Sebab,
Itulah ganjaran dari Allah SWT Maha Mencintai & Maha Mengasihi buat hamba-Nya yang bersabar di atas ujian-ujian yang membawa 'Mesej Cinta & Panggilan Rindu' dari-Nya agar kita tidak pernah lupa, berputus harap, doa & pengaduan kepada Dia.
Sambutlah & Jawablah
'Panggilan Rindu & Mesej Cinta' dari Dia sebelum terlambat.
Takut-takut disebabkan 'Panggilan Rindu Tak Berangkat' & 'Mesej Cinta Tak Berbalas',
Anda Tidak Akan Terima Sebarang 'Panggilan Rindu & Mesej Cinta' dari-Nya lagi
Jangan terlalu kerap untuk meluahkan perasaan di atas hamparan helaian 'Muka Buku',
Luahkan di atas hamparan sejadah.
Allah SWT 'Menyulam Kasih' didalam 'Surat Cinta-Nya', yang bermaksud:
"Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sungguh, Dialah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui."
(Fussilat, 41: 36)

Bulan Ramadhan....

 
       Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penyayang. Hanya sekadar sebuah perkongsian ringkas. Pasti kita semua pernah dengar sebuah hadith yang menyebut:

Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api neraka.


Maaf terlebih dahulu, Ain tak pasti tentang sumber hadith. Mungkin sesiapa yang tahu dapat berkongsi dalam ruangan comment nanti. Maksud hadith ini mengingatkan kita tentang tiga fasa yang ada dalam bulan Ramadhan. Fasa pertamanya adalah Rahmah (kasih sayang Allah), kedua Maghfirah (Keampunan Allah) dan fasa ke tiganya ialah Itqun minan-naar ( pembebasan dari api neraka).

Alhamdulillah, kalau dikira, hari ini dah masuk hari ke 10 kita bernafas dalam bulan Ramadhan. Bermakna kita akan melangkah masuk ke fasa yang kedua pada Ramadhan kali ini pada hari esok. Dan fasa kedua adalah fasa keampunan dari Allah. Tiba masa untuk kita check semua amalan kita sama ada bertambah berkurang atau sama saja. Bagaimana pulak dengan kualitinya? Kalau dulu masa sekolah, mengetahui maksud hadith ni sudah mencukupi bagi saya. Hanya sekadar pegetahuan. Tapi ada suatu kefahaman baru yang saya dapat tentang isi hadith ni. 


Sedar atau tidak kita telah berada di fasa kedua Ramadhan. Bagaimanakah amalan kita sepanjang Ramadhan yang berlalu pada tahun dan bulan  ini? adakah target bacaan al-quran kita sudah mencapai matlamatnya? ataupun kita tidak terfikir langsung untuk bermatlamat sedemikian? 

Hakikatnya hari ini, pada fasa kedua inilah rakyat malaysia terutamanya mula sibuk untuk membuat persiapan Hari Raya , termasuklah diri ini yang lemah dek pujukan dunia. Pasti ada sahaja yang ingin dibeli, walhal sume dah ada. Ayah selalu kata "aik beli lagi?".

Teringat pula berita semalam tentang mangsa banjir di Pakistan. Bagaimana agaknya keadaan saudara-saudara seIslam ku yang kini berdepan dengan ujian yang cukup mencabar? agaknya mereka berbuka dengan apa ya? Adakah makanan untuk mereka jamah? Semoga Allah tetapkan iman mereka untuk mengahadapi ujian itu. Terkadang aku terfikir seandainya aku di tempat mereka......Bagaimanakah aku????




sama-samalah kita bermuhasabah diri~~

~::Peringatan buat diriku yang sering alpa dan leka::~


Jika kita lihat, apakah yang dimaksudkan dengan 'fasa pertama adalah rahmat'? Perasan atau tidak, setiap kali bermula bulan Ramadhan, kita dapat lihat sangat ramai manusia yang berpusu-pusu pergi ke masjid, menyuburkan semula semangat untuk beribadah, cuba untuk mengubah diri, banyak mengingati Allah dan macam-macam lagi. Sehinggakan orang bukan Islam pun  boleh nampak semangat orang Islam pada masa tu, lebih-lebih lagi solat tarawih malam pertama dan mereka akan kagum dengan semangat kita. Inilah yang dikatakan rahmat dari Allah. Rahmat itu ada disana, tinggal kepada kita untuk mengambilnya. Setelah seminggu atau pun selepas hari yang ke-10, disinilah kesabaran kita diuji.  Pada fasa kedua inilah yang kita boleh melihat sejauh mana keikhlasan dan istiqamah seseorang itu dalam ibadahnya. Fasa kedua  (10 hari kedua) inilah yang dikatakan penapis kepada manusia untuk melepasi ujian untuk keampunan Allah. Hari demi hari, apabila kita sampai ke fasa terakhir (10 hari terakhir), kita akan terus ditapis. Hanya keimanan seseorang yang menentukan sama ada dia melepasi fasa yang paling kita kejar sebagai seorang hamba. Fasa pembebasan dari api neraka. Inilah janji Allah kepada hamba-Nya.

Hanya kita yang tahu sejauh mana istiqamah kita terhadap Allah. Terpulang kepada kita untuk berusaha sehingga ke tahap mana. Peluang sentiasa ada selagi nyawa masih ada. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan yang mendapat kebebasan dari api neraka, InsyaAllah ;)