ADA APAKAH ??

Sunday 23 June 2013

AKU SEORANG PENDAKWAH ??

Assalamualaikum wahai teman ;)
Apa khabar semua ?

Harini Ain nak ajak korang semua tengok satu salah faham kecil tetapi membawa impak yang besar.

DAKWAH ! Ramai orang yang tersilap fahamdan salah dalam mentafsir kalimah ini , sedangkan dakwah itu bermaksud menyeru manusia melakukan kebaikan. Ramai yang menganggap dakwah hanya milik ustaz dan ustazah . Dakwah mesti dalam bentuk ceramah . Dakwah hanya di masjid , surau dan madrasah . Dakwah bukan mudah dan selalunya amat sukar . Jom kita rungkai dan selesaikan masalah ini !


KESILAPAN TENTANG DAKWAH

1. HANYA MILIK USTAZ DAN USTAZAH
Inilah kesilapan yang paling besar dilakukan oleh kebanyakan Muslim. Apabila disebut sahaja pendakwah,  pasti terbayang seseorng yang berkopiah atau yang bertudung laboh sedang menyampaikan kuliah ataupon ceramah. Anda tidak perlu menunggu untuk menjadi seorang ustaz atau ustaah untuk berdakwah . ini kerana , kita semua adalah pendakwah, sepertimana sabda Nabi S.A.W yang  bermaksud : "Sampaikanlah daripadaku walau dengan satu ayat." Hadis langsung tidak menghususkan tugas dakwah kepada sesiapa, malah ia meliputi setiap orang yang bergelar Muslim !Walau siapa pon anda , tanggungjawab berdakwah sentiasa di bahu :)

2. MESTI DALAM BENTUK CERAMAH
Tidak adil jika dakwah hanya dilaksanakan dalam bentuk ceramah. Kerana tidak semua orang memiliki kepakaran berbicara dan berkebolehan memujuk yang berkesan . Malahan , jika disingkap sirah Rasulullah S.A.W., dakwah dengan perbuatan dan akhlak yang mulia juga memberikan impak yang cukup besar dalam menyabarkan Islam! Maka, anda boleh berdakwah dengan memperlihatkan betapa sopan dan bersihnye seorang Muslim dengan senyuman dan berketrampilan kemas. Anda juga boleh menggunakan internet untuk berdakwah. Ain sendiri kerap membuat status di halaman Facebook agar dapat menyentuh jiwa yang sedang mencari peringatan. Dan Ain pasti anda juge memanfaatkan Youtube dan Twitter dengan imput yang menyedarkan insan yang mengajak ke arah kebaikan !

3. HANYA DI SURAU, MASJID DAN MADRASAH
 Sekali lagi anda silap ! Dakwah sebenarnye tidak mengenal tempat dan waktu . Malah dakwah lebih diperlukan di tempat2 yang tidak berkaitan dengan ibadah khusus.Contohnya , pasar malam , mall , restoran dan wayang . Al-Syahid Imam Hasan al-Banna merupakan seorang pendakwah contoh yang mengambil pendekatan dakwah yang berbeza pada zamannya apabila beliau memulakan dakwah di kedai kopi. Dengan kaedah ini jugalah gerakan IKHWANUL MUSLIMIN di bawah pimpinan beliau mudah mendekati dan mengesani masyarakat Islam di Mesir pada waktu itu. 


   Kesimpulannya kan , mentalti yang mengatakan dakwah itu kerja susah tidak tepat . Ia menjadi sesuatu yang susah apabila anda melihat ia sebagai kerja yang susah. Manakala ia bakal menyinar sebagai usaha yang mudah anda melihat ia sebagai aktiviti yang menyeronokkan . fahamkan betol ayat yang Ain tulis ni
IT'S ALL ABOUT YOUR MIND!
    Percayalah dakwah bukan sahaja mudah , tapi ia juga bakal memudahkan perjalanan kita ke JANNAH. Syura milik merka yang berjuang di jalan Allah. Hidup ni bukan sekadar menjadi hamba Allah yang baik , malah membantu hamba2 Allah yang lain untuk menjadi manusia yang baik. Anda pasti puas dan teruja apabila melihat kerja dakwah anda membuahkan hasil . Kalau tidak di dunia pon , insyaAllah akan terpancar jua ;D

JADI APA TUNGGU LAGI , JOM DAKWAH !!!!!






Sekian , wassalam :)

No comments:

Post a Comment