ADA APAKAH ??

Saturday 20 July 2013

Bulan Ramadhan....

 
       Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penyayang. Hanya sekadar sebuah perkongsian ringkas. Pasti kita semua pernah dengar sebuah hadith yang menyebut:

Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api neraka.


Maaf terlebih dahulu, Ain tak pasti tentang sumber hadith. Mungkin sesiapa yang tahu dapat berkongsi dalam ruangan comment nanti. Maksud hadith ini mengingatkan kita tentang tiga fasa yang ada dalam bulan Ramadhan. Fasa pertamanya adalah Rahmah (kasih sayang Allah), kedua Maghfirah (Keampunan Allah) dan fasa ke tiganya ialah Itqun minan-naar ( pembebasan dari api neraka).

Alhamdulillah, kalau dikira, hari ini dah masuk hari ke 10 kita bernafas dalam bulan Ramadhan. Bermakna kita akan melangkah masuk ke fasa yang kedua pada Ramadhan kali ini pada hari esok. Dan fasa kedua adalah fasa keampunan dari Allah. Tiba masa untuk kita check semua amalan kita sama ada bertambah berkurang atau sama saja. Bagaimana pulak dengan kualitinya? Kalau dulu masa sekolah, mengetahui maksud hadith ni sudah mencukupi bagi saya. Hanya sekadar pegetahuan. Tapi ada suatu kefahaman baru yang saya dapat tentang isi hadith ni. 


Sedar atau tidak kita telah berada di fasa kedua Ramadhan. Bagaimanakah amalan kita sepanjang Ramadhan yang berlalu pada tahun dan bulan  ini? adakah target bacaan al-quran kita sudah mencapai matlamatnya? ataupun kita tidak terfikir langsung untuk bermatlamat sedemikian? 

Hakikatnya hari ini, pada fasa kedua inilah rakyat malaysia terutamanya mula sibuk untuk membuat persiapan Hari Raya , termasuklah diri ini yang lemah dek pujukan dunia. Pasti ada sahaja yang ingin dibeli, walhal sume dah ada. Ayah selalu kata "aik beli lagi?".

Teringat pula berita semalam tentang mangsa banjir di Pakistan. Bagaimana agaknya keadaan saudara-saudara seIslam ku yang kini berdepan dengan ujian yang cukup mencabar? agaknya mereka berbuka dengan apa ya? Adakah makanan untuk mereka jamah? Semoga Allah tetapkan iman mereka untuk mengahadapi ujian itu. Terkadang aku terfikir seandainya aku di tempat mereka......Bagaimanakah aku????




sama-samalah kita bermuhasabah diri~~

~::Peringatan buat diriku yang sering alpa dan leka::~


Jika kita lihat, apakah yang dimaksudkan dengan 'fasa pertama adalah rahmat'? Perasan atau tidak, setiap kali bermula bulan Ramadhan, kita dapat lihat sangat ramai manusia yang berpusu-pusu pergi ke masjid, menyuburkan semula semangat untuk beribadah, cuba untuk mengubah diri, banyak mengingati Allah dan macam-macam lagi. Sehinggakan orang bukan Islam pun  boleh nampak semangat orang Islam pada masa tu, lebih-lebih lagi solat tarawih malam pertama dan mereka akan kagum dengan semangat kita. Inilah yang dikatakan rahmat dari Allah. Rahmat itu ada disana, tinggal kepada kita untuk mengambilnya. Setelah seminggu atau pun selepas hari yang ke-10, disinilah kesabaran kita diuji.  Pada fasa kedua inilah yang kita boleh melihat sejauh mana keikhlasan dan istiqamah seseorang itu dalam ibadahnya. Fasa kedua  (10 hari kedua) inilah yang dikatakan penapis kepada manusia untuk melepasi ujian untuk keampunan Allah. Hari demi hari, apabila kita sampai ke fasa terakhir (10 hari terakhir), kita akan terus ditapis. Hanya keimanan seseorang yang menentukan sama ada dia melepasi fasa yang paling kita kejar sebagai seorang hamba. Fasa pembebasan dari api neraka. Inilah janji Allah kepada hamba-Nya.

Hanya kita yang tahu sejauh mana istiqamah kita terhadap Allah. Terpulang kepada kita untuk berusaha sehingga ke tahap mana. Peluang sentiasa ada selagi nyawa masih ada. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan yang mendapat kebebasan dari api neraka, InsyaAllah ;)

No comments:

Post a Comment